PIAGAM KOLEJ

Kami staf Kolej Vokasional Arau, Perlis berkewajipan:

  • Memberi pendidikan dan latihan kemahiran yang sempurna dan berkualiti kepada pelajar –pelajar.
  • Memberi peluang kepada setiap pelajar di kolej ini untuk mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan kemahiran.
  • Memberi perhatian dan layanan yang adil dan saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira kaum dan latar belakang keluarga.
  • Melahirkan pelajar – pelajar yang berilmu, berdisiplin, mampu berdikari serta sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.
  • Mewujudkan suasana persekitaran kolej yang ceria dan pergaulan yang harmoni dalam kalangan pelajar.
  • Memberi layanan dengan penuh kemesraan dan kesopanan kepada ibu bapa dan masyarakat apabila berurusan dengan pihak kolej.