INFO TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
Kursus Ini Direkabentuk Untuk Melengkapkan Pelajar Dengan Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Merekabentuk, Mengendali Dan Mengurus Sistem Dan Peralatan Yang Digunakan Dalam Teknologi Pembuatan. Ianya Mengandungi Duti‐Duti Yang Merangkumi Konteks Yang Luas Bersesuaian Dengan Pembangunan Industri Terkini. Dalam Kursus Ini Pelajar Akan Mempelajari Perkara Berkaitan Lukisan Dan Rekabentuk Kejuruteraan, Penyelenggaraan Mesin, Penggunaan Mesin Kisar, Mesin Larik Dan Mesin Canai Jenis Konvensional Dan CNC, Penggunaan Mesin EDM Die Sinking Dan Wire Cut. Selain Daripada Itu, Pelajar Juga Akan Mempelajari Subjek Penyeliaan Dan Pengurusan.
Di Semester 8, Pelajar Perlu Menjalani Latihan Di Tempat Kerja (On Job Training) Selama 5 Bulan Bagi Meningkatkan Kemahiran Yang Telah Diperolehi Semasa Di Kolej Ke Tempat Kerja Yang Sebenar.
Matlamat Program Diploma Teknologi Pemesinan Industri Ialah Untuk Membentuk Juruteknik Pemesinan Industri Yang Bersedia Menyertai Pasaran Kerja, Melanjutkan Pengajian Dan Usahawan Yang Berdaya Saing
Graduan-Graduan Yang Telah Menamatkan Kursus Ini Dengan Jayanya Akan Mempunyai Pengetahuan Dan Kemahiran Yang Sewajarnya Serta Bersedia Untuk Memasuki Bidang Yang Berhubung-Kait Dengan Bidang Pemesinan Logam Dan Pembuatan. Prospek Pekerjaan Yang Boleh Diceburi Adalah Sebagai Penolong Jurutera, Juruteknik Pemesinan, Juruteknik Rekabentuk, Juruteknik Penyelenggaraan, Juruteknik Kualiti, Dan Penyelia Operasi Mesin Di Dalam Industri Pembuatan.
Pelajar Juga Boleh Menyambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Teknologi Di Bawah Malaysia Technology University (MTUN) Yang Terdiri Daripada 4 Buah Universiti Teknikal Iaitu Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dan Lain-Lain IPT Kemahiran Yang Menawarkan Ijazah Teknologi.